Blogger Backgrounds

Thursday, December 16, 2010

Peliharalah Dirimu Wahai Wanita



Saya sering mendengar ada kata-kata yang indah tentang wanita antaranya “Wanita solehah adalah wanita yang tidak meniti di bibirnya nama lelaki dan tidak meniti nama lelaki di bibirnya.”

“Jadilah seperti buah epal yang terletak tinggi di atas pokoknya, yang susah digapai oleh tangan-tangan manusia, jadilah seperti buah epal yang masak dan segar di sebalik dedaunnya yang menghijau dan sukar dilihat oleh pandangan manusia. Jadilah seperti epal yang hanya akan di petik oleh manusia yang ikhlas dan berusaha untuk mendapatkannya dengan penuh ketakwaan dan keimanan.”

“Wanita adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”

“Mencari wanita solehah itu umpama mencari mutiara di lautan yang dalam. Bukan sedikit daya yang ditumpahkan dan bukan sedikit tenaga yang dicurahkan. Hakikatnya ia sukar ditemui...”

“Nafsu sering berkata wanita itu cantik pada keindahan paras rupa yang indah bagaikan mutiara. Akal berkata wanita cantik pada ilmu yang dimilikinya sedangkan hati yang suci itu menyatakan wanita itu cantik pada akhlak yang ada padanya”


Maka, peliharalah aurat mu wahai Wanita dari pandangan mata mereka yang bukan miliknya. Tutuplah dirimu wahai wanita dengan kesempurnaan yang terpelihara.

“dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan diri mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah memperlihatkan bahagian tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, atau anak-anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak-anak bagi saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji mereka dari kalangan lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kepada kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu bertakwa.” Annur : 31

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya ( semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka di kenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Al-ahzab : 59

No comments:

Post a Comment